Tuesday, September 2, 2014

PERLEMBAGAAN KELAB SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT)
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,
41250 KLANG. SELANGOR


1.1  Nama
Kelab ini dikenali sebagai Kelab SkimPinjaman Buku Teks atau ringkasnya SPBT yang selepas ini ini disebut sebagai kelab sahaja


1.2  Alamat
Kelab SPBT,Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Jalan Yadi 41250 Klang Selangor.


2.1 Pendaftar
Pendaftar Kelab ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Jalan Yadi 41250 Klang Selangor mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42 No.11, Tambahan No21, Perundangan (A):P.U.(A)196 bertarikh 21 Mei 1998

2.2 No Pendaftaran:
      ____/2007/SKSU Klang

3. Penasihat
    Penasihat Kelab dilantik oleh Guru Besar mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42 No.11, Tambahan No21, Perundangan (A):P.U.(A)196 bertarikh 21 Mei 1998

4 Tujuan
   Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:
  4.1 Menyuntik semangat menghargai buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan kepada 
        murid
  4.2 Memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah
  4.3 Meningkatkan kesedaran murid kepada penggunaan buku teks sebagai asas untuk
        menguasai sesuatu subjek/matapelajaran
  4.4 Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu
  4.5 Memperkemaskan, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SBPT setaraf dengan
        kelab-kelab lain di sekolah

5 Keahlian:
   Keahlian terdiri daipada Pengawas SPBT dan juga murid yang berminat

5.1.1 Syarat –Syarat Keahlian
      Murid SKSU

5.1.2. Hak Ahli
      Seorang Ahli yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:
a)     Menyuarakan pendapat
b)     Menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah

5.1.3 Kewajipan Ahli
a)     Mendaftar sebagai ahli kelab
b)     Mengikuti setiap aktiviti kelab secara aktif
c)     Mematuhi perlembagaan dan peraturan kelab


5.1.4 Pemberhentian dan PemecatanAhli
         Melanggar peraturan, syarat dan kewajipan sebagai ahli Kelab SPBT sekolah

6.1 Jawatankuasa Kelab SBPT
6.1.1 Ahli Jawatankuasa Kelab SPBT terdiri daripada:
a)     Pengerusi
b)     Naib Pengerusi
c)     Setiausaha
d)     Bendahari
e)     AJK Biro :
-        Biro Data dan Rekod
-        Biro Keceriaan
-        Biro Seliaan
-        Biro Pengurusan

7.1 Pembubaran
      Kelab ini boleh dibubarkan oleh Guru Besar  sekolah dalam subpearturan 12(1) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42 No.11, Tambahan No21, Perundangan (A):P.U.(A)196 bertarikh 21 Mei 1998

No comments:

Post a Comment