PERLEMBAGAAN
KELAB SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT)
SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,
41250 KLANG.
SELANGOR
1.1 Nama
Kelab ini dikenali sebagai Kelab
SkimPinjaman Buku Teks atau ringkasnya SPBT yang selepas ini ini disebut
sebagai kelab sahaja
1.2 Alamat
Kelab SPBT,Sekolah Kebangsaan
Sungai Udang, Jalan Yadi 41250 Klang Selangor.
2.1 Pendaftar
Pendaftar Kelab ialah Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Jalan Yadi 41250 Klang Selangor mengikut
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil. 42 No.11, Tambahan No21, Perundangan (A):P.U.(A)196
bertarikh 21 Mei 1998
2.2 No Pendaftaran:
____/2007/SKSU
Klang
3. Penasihat
Penasihat Kelab dilantik oleh Guru Besar mengikut Peraturan 8 dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jil. 42 No.11, Tambahan No21, Perundangan (A):P.U.(A)196
bertarikh 21 Mei 1998
4 Tujuan
Kelab ini
ditubuhkan dengan tujuan untuk:
4.1 Menyuntik
semangat menghargai buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan kepada
murid
4.2 Memupuk sikap
cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah
4.3 Meningkatkan
kesedaran murid kepada penggunaan buku teks sebagai asas untuk
menguasai
sesuatu subjek/matapelajaran
4.4 Memartabatkan
buku teks sebagai sumber ilmu
4.5 Memperkemaskan,
menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SBPT setaraf dengan
kelab-kelab
lain di sekolah
5 Keahlian:
Keahlian terdiri
daipada Pengawas SPBT dan juga murid yang berminat
5.1.1 Syarat –Syarat Keahlian
Murid SKSU
5.1.2. Hak Ahli
Seorang Ahli
yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:
a) Menyuarakan
pendapat
b) Menyertai
semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
5.1.3 Kewajipan Ahli
a) Mendaftar
sebagai ahli kelab
b) Mengikuti
setiap aktiviti kelab secara aktif
c) Mematuhi
perlembagaan dan peraturan kelab
5.1.4 Pemberhentian dan PemecatanAhli
Melanggar
peraturan, syarat dan kewajipan sebagai ahli Kelab SPBT sekolah
6.1 Jawatankuasa Kelab SBPT
6.1.1 Ahli Jawatankuasa Kelab SPBT terdiri daripada:
a) Pengerusi
b) Naib
Pengerusi
c) Setiausaha
d) Bendahari
e) AJK
Biro :
-
Biro Data dan Rekod
-
Biro Keceriaan
-
Biro Seliaan
-
Biro Pengurusan
7.1 Pembubaran
Kelab ini boleh
dibubarkan oleh Guru Besar sekolah dalam
subpearturan 12(1) dalam
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peraturan Sekolah)
1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jil. 42 No.11, Tambahan No21,
Perundangan (A):P.U.(A)196 bertarikh 21 Mei 1998